Tanam Strawberi Di Dataran Rendah

No comments


Tanam Strawberi Di Dataran Rendah. Strawberry adalah tanaman yang ditanam di kawasan tanah tinggi yang berhawa sederhana. Cameron Highland contohnya, adalah tempat yang cukup terkenal dengan strawberinya. Persoalannya, bolehkah strawberi ditanam di kawasan dataran rendah yang suhunya lebih panas seperti di laman rumah kita?

Secara umum syarat pertumbuhan yang baik untuk strawberry adalah seperti  iklim berikut ini:

  • Suhu udara optimum 17 – 20 C dan suhu udara minimum antara 4 – 5 darjah Celcius.
  • Kelembaban udara (RH) 80 – 90%.
  • Penyinaran matahari 8 – 10 jam/hari.
  • Curah hujan antara 600 – 700 mm/tahun. Ketinggian diatas 1000 M

Saya memang meminati tanaman ini untuk menghiasi laman rumah. Daripada carian di internet, ini adalah antara panduan yang saya berjaya perolehi tentang cara­cara menanam strawberi di dataran rendah.

Menanam strawberi tidak semestinya  dilakukan di kawasan yang luas, tapi boleh juga di kawasan yang sempit dengan menggunakan polybag atau pasu. Dari segi teknik, tanaman strawberi dalam pasu sebenarnya tidak hanya boleh dijadikan setakat hobi, tetapi boleh dikembangkan dalam skala komersil, dan tentu ianya memerlukan pengetahuan dan kemahuan. Oleh itu di sini saya kongsikan kaedah dan syarat  penanaman strawberi.





Persiapan Bekas Tanaman
Bekas tanaman yang biasa digunakan adalah pasu. Boleh juga menggunakan polybag. Pasu mempunyai banyak jenis dan variasi bentuknya. Hal penting yang perlu diperhatikan dalam pemilihan pasu adalah ukurannya seimbang dan serasi dengan ukuran tanaman. Selain itu, pasu harus dapat menampung media tanaman yang cukup agar perakaran tanaman tumbuh dengan sempurna.


Ukuran ideal pasu adalah berdiameter 7 cm – 20 cm dan dibuat lubang­lubang kecil di bawahnya. Selain pasu, kita juga boleh menggunakan plastik (polybag) yang banyak tersedia di kedai­ alat pertanian dengan berbagai macam ukuran.


Komposisi bahan medium tanaman yang digunakan adalah mana­mana satu daripada pilihan di bawah:

  1. Campuran tanah dari bawah pohon pine, humus, daun lamtoro atau kompos lebih mudah dan baja organik dengan perbandingan 2:1:1.
  2. Campuran  tanah lapisan atas, pasir dan humus dengan perbandingan 1:1:1.
  3. Campuran tanah, pasir, humus dan baja organik dengan perbandingan 1:1:1:1.
  4. Campuran tanah, pasir dan baja organik dengan perbandingan 1:1:2.


Pengisian  Medium  Tanaman Ke Dalam Pasu/Polybag
Cara­ pengisian medium tanaman ke dalam pasu atau polybag  adalah seperti berikut:
  1.  Siapkan alat dan bahan, terdiri atas pasu atau poly bag, pecahan bata merah (genting), alat penyiram, medium tanaman, serta dan lain­lain.
  2.  Masukkan selapis pecahan bata merah (genting) ke dasar pasu.
  3.  Masukkan medium tanaman ke dalam pasu hingga hampir penuh.
  4.  Siram medium tanaman dalam pasu tersebut dengan air bersih hingga keadaan mediumnya cukup basah.

Penyediaan Benih dan Penanaman Benih yang sihat

Tata cara penanaman benih tanaman strawberi ke dalam pot adalah sebagai berikut:
  1. Siram medium tanam benih tanaman dengan air bersih hingga keadaannya cukup basah.
  2. Keluarkan benih lengkap bersama akar dan medium tanamnya dengan cara menyobekmenggunting polybag.
  3. Buat lubang tanam dalam pasu dengan cara menggali (mengambil) sebagian medium         tanamnya.
  4. Tanamkan benih tepat di tengah pasu pada posisi tegak, kemudian   timbun  bagian pangkal batang tanaman dengan medium tanam sambil   dipadatkan secara pelan­pelan.
  5.  Siram medium tanam dalam pasu dengan air bersih hingga keadaan mediumnya cukup basah (lembab).
  6. Simpan pot di tempat yang teduh dan lembab selama 7 – 15 hari agar tanaman segar kembali.


Pemeliharaan Tanaman Strawbery yang berusia 2 minggu


  • ·         Penempatan pasu. Penempatan pasu harus di tempat yang ideal dan serasi dengan keadaan sekitarnya. Lebih penting pastikan tanaman hendaklah menerima sinaran matahari secara tidak langsung  selama sebulan. Setelah sebulan,pokok hendaklah dilatih menerima sinar terus matahari kira­kira 30 menit setiap pagi dari jam 07.00­08.00.
  • ·         Penyiraman. Penyiraman dilakukan 2 kali sehari pada musim kemarau, iaitu pagi dan petang. Hal ini untuk menjaga kelembaban media, sehingga unsur nutrien dalam tanah dapata diserap oleh akar secara maksima. Untuk penyesuaian siramlah pada waktu pagi dan petang hari dengan air dingin/ais selama 1 bulan penuh dan 3 hari sekali pada bulan kedua.
  • ·         Penyiangan dan penggemburan medium  tanam. Rumput rumpai yang tumbuh pada permukaan pasu hendaklah segara dicabut. Ini untuk menghindari pokok strawberi berrebut nutrien selain meminimumkan serangan hama daripada rumput rumpai tersebut.
  • ·         Pembajaan. Pembajaan hendaklah dilakukan setelah 1 minggu pokok ditanam.  Jenis dan takaran baja terdiri atas Urea 2 senduk teh + TSP setengah senduk teh + KCL setengah senduk teh per pasu. Pembajaan berikutnya dilakukan setelah tanaman berumur 1 – 2 bulan dengan kadar Urea setengah senduk teh + TSP 1 senduk teh + KCL 1 senduk teh per pasu.
  • ·         Pemangkasan. Pemangkasan dilakukan pada daun yang kering atau rosak. Tanaman yang terlalu rimbun juga harus dipangkas daunnya. Pemangkasan perlu untuk merangsang pembuahan.
  • ·         Penggantian pasu dan medium  tanaman (repotting). Penggantian pasu dilakukan bila media tanaman dalam pasu sudah padat, akar sudah mulai ke permukaan pasu dan pertumbuhan tanaman sudah mulai melambat bahkan tidak berbunga atau berbuah.
  • ·         Perlindungan tanaman. Perlindungan tanaman meliputi penggunaan beniht yang sihat, sterilisasi media tanam, pemangkasan bahagian tanaman yang diserang hama dan penyakit, penyemburan pembasmi hama secara selektif sebagaimana yang disarankan.





































·        












No comments :

Post a Comment