Tanam Strawberi Di Dataran Rendah
Tanam Strawberi Di Dataran Rendah. Strawberry adalah tanaman
yang ditanam di kawasan tanah tinggi yang berhawa sederhana. Cameron Highland
contohnya, adalah tempat yang cukup terkenal dengan strawberinya. Persoalannya,
bolehkah strawberi ditanam di kawasan dataran rendah yang suhunya lebih panas
seperti di laman rumah kita?
Secara umum syarat pertumbuhan yang baik untuk strawberry adalah seperti iklim berikut ini:
Secara umum syarat pertumbuhan yang baik untuk strawberry adalah seperti iklim berikut ini:
- Suhu udara optimum 17 – 20 C dan suhu udara minimum antara 4 – 5 darjah Celcius.
- Kelembaban udara (RH) 80 – 90%.
- Penyinaran matahari 8 – 10 jam/hari.
- Curah hujan antara 600 – 700 mm/tahun. Ketinggian diatas 1000 M
Saya memang meminati tanaman ini untuk menghiasi laman
rumah. Daripada carian di internet, ini adalah antara panduan yang saya berjaya
perolehi tentang caracara menanam strawberi di dataran rendah.
Menanam strawberi tidak semestinya dilakukan di kawasan yang luas, tapi boleh
juga di kawasan yang sempit dengan menggunakan polybag atau pasu. Dari segi
teknik, tanaman strawberi dalam pasu sebenarnya tidak hanya boleh dijadikan
setakat hobi, tetapi boleh dikembangkan dalam skala komersil, dan tentu ianya
memerlukan pengetahuan dan kemahuan. Oleh itu di sini saya kongsikan kaedah dan
syarat penanaman strawberi.
Persiapan Bekas Tanaman
Bekas tanaman yang biasa digunakan adalah pasu. Boleh juga
menggunakan polybag. Pasu mempunyai banyak jenis dan variasi bentuknya. Hal
penting yang perlu diperhatikan dalam pemilihan pasu adalah ukurannya seimbang
dan serasi dengan ukuran tanaman. Selain itu, pasu harus dapat menampung media tanaman yang cukup agar perakaran tanaman
tumbuh dengan sempurna.
Ukuran ideal pasu adalah berdiameter 7 cm – 20 cm dan dibuat lubanglubang kecil di bawahnya. Selain pasu, kita juga boleh menggunakan
plastik (polybag) yang banyak tersedia di kedai alat pertanian dengan
berbagai macam ukuran.
Komposisi bahan medium tanaman yang digunakan adalah
manamana satu daripada pilihan di bawah:
- Campuran tanah dari bawah pohon pine, humus, daun lamtoro atau kompos lebih mudah dan baja organik dengan perbandingan 2:1:1.
- Campuran tanah lapisan atas, pasir dan humus dengan perbandingan 1:1:1.
- Campuran tanah, pasir, humus dan baja organik dengan perbandingan 1:1:1:1.
- Campuran tanah, pasir dan baja organik dengan perbandingan 1:1:2.
Pengisian Medium Tanaman Ke Dalam Pasu/Polybag
Cara pengisian medium tanaman ke dalam pasu atau
polybag adalah seperti berikut:
- Siapkan alat dan bahan, terdiri atas pasu atau poly bag, pecahan bata merah (genting), alat penyiram, medium tanaman, serta dan lainlain.
- Masukkan selapis pecahan bata merah (genting) ke dasar pasu.
- Masukkan medium tanaman ke dalam pasu hingga hampir penuh.
- Siram medium tanaman dalam pasu tersebut dengan air bersih hingga keadaan mediumnya cukup basah.
Penyediaan Benih dan Penanaman Benih yang sihat
Tata cara penanaman benih tanaman strawberi ke dalam pot
adalah sebagai berikut:
- Siram medium tanam benih tanaman dengan air bersih hingga keadaannya cukup basah.
- Keluarkan benih lengkap bersama akar dan medium tanamnya dengan cara menyobekmenggunting polybag.
- Buat lubang tanam dalam pasu dengan cara menggali (mengambil) sebagian medium tanamnya.
- Tanamkan benih tepat di tengah pasu pada posisi tegak, kemudian timbun bagian pangkal batang tanaman dengan medium tanam sambil dipadatkan secara pelanpelan.
- Siram medium tanam dalam pasu dengan air bersih hingga keadaan mediumnya cukup basah (lembab).
- Simpan pot di tempat yang teduh dan lembab selama 7 – 15 hari agar tanaman segar kembali.
Pemeliharaan Tanaman
Strawbery yang berusia 2 minggu
- · Penempatan pasu. Penempatan pasu harus di tempat yang ideal dan serasi dengan keadaan sekitarnya. Lebih penting pastikan tanaman hendaklah menerima sinaran matahari secara tidak langsung selama sebulan. Setelah sebulan,pokok hendaklah dilatih menerima sinar terus matahari kirakira 30 menit setiap pagi dari jam 07.0008.00.
- · Penyiraman. Penyiraman dilakukan 2 kali sehari pada musim kemarau, iaitu pagi dan petang. Hal ini untuk menjaga kelembaban media, sehingga unsur nutrien dalam tanah dapata diserap oleh akar secara maksima. Untuk penyesuaian siramlah pada waktu pagi dan petang hari dengan air dingin/ais selama 1 bulan penuh dan 3 hari sekali pada bulan kedua.
- · Penyiangan dan penggemburan medium tanam. Rumput rumpai yang tumbuh pada permukaan pasu hendaklah segara dicabut. Ini untuk menghindari pokok strawberi berrebut nutrien selain meminimumkan serangan hama daripada rumput rumpai tersebut.
- · Pembajaan. Pembajaan hendaklah dilakukan setelah 1 minggu pokok ditanam. Jenis dan takaran baja terdiri atas Urea 2 senduk teh + TSP setengah senduk teh + KCL setengah senduk teh per pasu. Pembajaan berikutnya dilakukan setelah tanaman berumur 1 – 2 bulan dengan kadar Urea setengah senduk teh + TSP 1 senduk teh + KCL 1 senduk teh per pasu.
- · Pemangkasan. Pemangkasan dilakukan pada daun yang kering atau rosak. Tanaman yang terlalu rimbun juga harus dipangkas daunnya. Pemangkasan perlu untuk merangsang pembuahan.
- · Penggantian pasu dan medium tanaman (repotting). Penggantian pasu dilakukan bila media tanaman dalam pasu sudah padat, akar sudah mulai ke permukaan pasu dan pertumbuhan tanaman sudah mulai melambat bahkan tidak berbunga atau berbuah.
- · Perlindungan tanaman. Perlindungan tanaman meliputi penggunaan beniht yang sihat, sterilisasi media tanam, pemangkasan bahagian tanaman yang diserang hama dan penyakit, penyemburan pembasmi hama secara selektif sebagaimana yang disarankan.
·
Tip Mudah Tanam Cili di Rumah
Unknown
01:00
Tip Mudah Tanam Cili di Rumah
1. Pilih kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak di rumah.
2. Pilih kawasan yang redup akan menyebabkan pokok menjadi tinggi daripada biasa dan saiz buah menjadi kecil.
3. Cara pemilihan medium penanaman bergantung kepada kaedah penanaman yang dipilih sama ada tanaman dalam pasu atau terus dalam tanah.
4. Medium penanaman untuk pasu yang sesuai adalah tanah campuran tiga bahagian tanah merah, dua bahagian tanah hitam dan satu bahagian pasir.
5. Saiz pasu yang sesuai adalah 16 inci x 20 inci bagi musim penanaman enam bulan.
6. Sekiranya bercadang untuk musim penanaman yang lebih panjang dari enam bulan, sila guna saiz pasu yang lebih besar seperti 30 inci x 50 inci.
7. Kaedah penanaman secara terus di tanah bagi kawasan rumah teres adalah tidak digalakkan kerana tanah tidak subur.
8. Sekiranya ingin meneruskan hasrat menanam di tanah kawasan rumah teres, tanah perlu diganti dengan tanah yang baru.
9. Pastikan tiada pokok buah-buahan seperti mangga, belimbing dan jambu berdekatan dengan kawasan tanaman. Ini bagi mengelakkan serangan lalat buah.
10. Umur paling sesuai untuk memindah tanam anak pokok atau tanah adalah ketika anak pokok sudah berusia tiga ke empat minggu.
11. Kelewatan memindah tanam anak pokok yang sudah cukup umur boleh menyebabkan pokok terbantut.
12. Waktu yang sesuai pindah tanam adalah pada waktu lewat petang.
13. Jangan pindah tanam anak pokok pada waktu tengah hari kerana pokok boleh terkena kejutan haba dan layu seterusnya mati.
14. Waktu yang sesuai untuk menyiram pokok adalah pada waktu awal pagi dan lewat petang.
15. Pokok cili harus disiram dua kali sehari, sekiranya waktu hujan tidak perlu disiram.
16. Pastikan kawasan penanaman tidak menyebabkan air bertakung. Air bertakung boleh menyebabkan lembap dan menggalakkan pertumbuhan kulat.
17. Kayu pancang perlu dipasang ketika peringkat awal selepas pindah tanam untuk mengelakkan kerosakan pada akar sekiranya dipasang pada umur matang.
18. Jenis kayu pancang yang sesuai adalah seperti buluh yang boleh bertahan sehingga lebih enam bulan.
19. Pemasangan kayu pancang bertujuan untuk mengelakkan pokok rebah apabila sudah berbuah lebat.
20. Baja organik seperti baja tahi ayam amat sesuai diberikan kepada pokok untuk menggalakkan tumbesarannya.
21. Sekiranya menggunakan baja kimia, pastikan mengikut kuantiti yang disarankan.
22. Pemberian baja kimia secara berlebihan boleh menyebabkan pokok mati kepanasan daripada baja.
23. Tempoh pemberian baja yang sesuai adalah setiap 10 hingga 14 hari.
24. Kehadiran semut yang banyak pada pokok cili adalah disebabkan ia menghurungi aphid atau bena putih yang terdapat di bahagian bawah daun.
25. Gunakan larutan pencegah serangga yang dirumus daripada bahan semula jadi seperti ekstrak semambu dan bawang putih.
26. Larutan mencegah serangga daripada bahan semula jadi mudah hilang apabila hujan.
27. Selepas hujan berhenti, larutan haruslah disembur semula.
28. Waktu paling sesuai untuk menyembur larutan pencegah serangga adalah pada waktu petang menghampiri Maghrib.
29. Tahap umur cili paling sesuai untuk dituai adalah apabila 80 peratus daripada cili yang matang sudah mencapai warna kirau (warna hijau bertukar sedikit merah).
30. Waktu paling sesuai untuk menuai adalah pada jam 9 pagi ke atas iaitu ketika embun sudah kering.
31. Sekiranya cili ingin disimpan lama, jangan basuh hasil tuaian cili. Sekiranya perlu dibasuh, harus dikeringkan segera.
32. Selepas cili dituai, baja perlu segera diberikan pada waktu petang yang sama atau keesokan harinya bagi mengelakkan pokok tertekan.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)